Pages

Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

Monday, July 23, 2012

Ramadhan membawa ketenangan...


Ramadhan,
bulan ketenangan
bulan penuh hikmah
bulan barokah
bulan suci

Ramadhan
kehadiranmu sentiasa dinanti
pemergianmu ditangisi
entah bila sempat ketemu lagi

Ramadhan,
Dalamnya ada lailatul qadr
malam umpama seribu bulan
alangkah beruntugnya jika dapat bertemu..

Semoga Ramadhan ini..
menjadi lebih baik dari sebelumnya
membawa kita ke arah kebaikan dan meninggalkan keburukan..


        Dari Abu Hurairah r.a berkata: “Adalah Rasulullah SAW menggalakkan qiyamullail (solat malam) di bulan Ramadhan tanpa memerintahkan secara wajib, baginda bersabda: “Sesiapa yang solat malam di bulan Ramadhan kerana beriman dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka diampuni baginya dosa yang telah lalu.”


        Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata:” Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.”


SALAM RAMADHAN

-Sumber hadis:hadith harian jakim


Tuesday, August 9, 2011

Terawih di tempat kita...


  Assalamualaikum..dah  seminggu kita berpuasa kan...apa yg sy perasan bermula 1 ramadhan lagi..masa nk solat terawikh..ramai sgt org smpaikan sy duduk di saf yg dekat dengan tangga masjid...tp bila abes seminggu..sy  dapat masuk saf kedua dr saf hadapan...ketara kan...hmm...nape ek camtu...ni belum lagi 10 hari terakhir bulan Ramadhan...

 Berbeza pulak dgn masyarkat pakistan di leicester..ni berdasarkan cerita abg ipar saya yg pernah belajar di sana...dia ckp..kat sana,awal2 x ramai sgt..bila dah nak abes ramadhan baru rmai jemaah...n imam pun baca doa smpai nanges2...terbalik plak dgn org kita kan...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...