Temanku
Allah menciptakan  manusia sama
Dengan sebaik-baik kejadian
Cuma amalan manusia itu berbeza-beza
Ada yang lalai dengan angan-angan
Ada yang tekun berusaha
Tentu nasib mereke berlainan
Kerana Allah Maha Adil sifatNya
Kelalaian dibalas kegagalan
Kerajinan dibalas kejayaan dan pahala
Kau diberi peluang untuk membuat pilihan
Kau jua yang tanggung natijahnya
‘Sesunngguhnya ,Kami menciptakan 
manusia itu dengan sebaik-baik kejadian’
(surah al-Tin :4)
Sedarlah temanku
Kita musafir di dunia
Kita akan pulang kepadaNya
Hidup di dunia akan ditanya 
Adakah diisi sebaik-baiknya
Atau keseronokan semata-mata
Mahukah kita hidup terhina
Tanpa ilmu sebagai bekalnya
Kelak disana rendah darjatnya
‘Allah akan mengangkat  orang beriman diantaramu 
dan orang berilmu beberapa darjat’
(surah al-Mujadillah:11)
Temanku
Kau tidak bodoh andai kau gagal selepas berusaha
Kerana itu satu ujian dan dijanjikan pahala,
Bakal mengangkat darjatmu disisi-Nya,
Jika kau reda,sabar dan terus berusaha,
Tapi kau sememangnya bodoh 
Jika Ku langsung tak berusaha
Kerana pasti kau akan gagal dan menderita
Tiada nilai pahala dariNya
Malah kau pula menanggung dosa
Lantaran kau sia-siakan amanah berharga
Temanku, 
Bangkitlah dari lenamu yang panjang
Dan tidak pernah berkesudahan
Sekali kau terjatuh
Jangan biarkan dirimu jatuh selamanya
Kau punya kekuatan untuk bangkit semula
Dan mara  berlari kencang,
Mencipta taufan
Berjuanglah temanku saying
Tanpa mengenal penat dan jemu
Biar hidup kita derita dengan usaha
Kelak kita akan dimulia
Jika tidak di dunia 
Nun di syurga
-novelis fatimah syarha mohd noordin-
 

No comments:
Post a Comment