Pages

Tuesday, June 12, 2012

Antara Sabar dan Mengeluh

gambar hiasan..:p 
Assalamualaikum..

 ....antara sabar dan mengeluh...mungkin mudah utk bersabar...tp mungkin susah utk elak dr mengeluh....bagaimana sebenarnya nak  mencari keikhlasan dalam bersabar....

cuba renung situasi dalam kehidupan seharian..sebenarnya banyak benda yg kita selalu mengeluh kan...ada org boleh bersabar tp sentiasa mengeluh........apakah tiada keihlasan ketika bersabar....

hmm...maseh  belajar utk cuba bersabar sepenuhnya.....jom..mencari keihklasan dalam bersabar..jgn fikir kenapa aq ja yg perlu bersabar....kerna kita x tahu hikmah yg tersembunyi...boleh jadi sikit ja kita perlu bersabar..tp ganjarannya masya Allah...Sesungguhnya Allah Maha Pemurah lg Maha Penyayang..

bersama-samalah kita mendidik hati kita ..walaupun secara perlahan-lahan..i.Allah akan membuahkan hasil...

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut.

 Riwayat al-Hakim


dan berbuat baiklah dan bersabarlah dgn perilaku manusia....part nh mmg susah kan...



Seorang lelaki bertanya:“ Wahai Rasulullah sesungguhnya aku mempunyai beberapa orang kerabat, yang hubungan aku erat dengan mereka tetapi mereka memutuskannya. Aku berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berperangai buruk kepadaku, aku bersabar mengahadapi sikap mereka itu tetapi mereka menganggap sikapku itu adalah bodoh.” Kemudian baginda menjawab,” Sekiranya benar sepertimana yang engkau katakan itu maka seolah-olah engkau menyuap mereka dengan abu yang panas, sedangkan engkau sentiasa mendapat pertolongan daripada Allah Taala selama mana engkau berada di dalam kebenaran atas perkara yang demikian itu”.


Riwayat Muslim


dan...bersabarlah dalam berdoa..


      Dari Abu Hurairah r.a bahawa nabi SAW telah bersabda:”Allah sentiasa memperkenankan doa seorang hamba selama doa itu tidak mengandungi (perkara) dosa, (perkara yang) memutuskan silaturrahim dan selama tidak meminta supaya cepat-cepat diperkenankan.” Lalu baginda ditanya oleh seseorang:”Apa maksudnya meminta dicepatkan?”Jawab baginda:”Umpamanya seseorang itu berkata dalam doanya:”Aku telah berdoa, aku telah berdoa tetapi aku belum melihat doaku diperkenankan. Lalu aku putus asa dan berhenti berdoa.” 
                                                
(Muslim)


sekian...


sumber hadith:hadith harian jakim



3 comments:

Bulan Syurga Firdausi said...

Allah bersama orang yang sabar kan :) sweet gambar tu...

anakpakcikali said...

sedar x sedar,kite selalu mengeluh. :(

Bulan Syurga Firdausi said...

nak entry baru :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...