sy nak share artikel dr alamdunia066.blogspot.com ,slamat m'baca:
Ahli sains Jepun mengakui setitik air zam-zam memiliki khasiat lebih dari seribu titik dari air biasa.Walaupun telah diolah dengan pelbagai cara dan dengan peralatan yang canggih tetapi tetap tidak dapat menandingi khasiat yang terdapat pada air zam-zam. Air zam-zam adalah berkhasiat, berkat, bersih dan Penawar paling mujarab anugerah
Allah S.W.T
Telaga zamzam dalamnya 30 meter sahaja dan kedalaman air hanya 3.32 meter. Dapat bayangkan. Ada beberapa punca mata air di bawah 13 meter. Ujian mengeluarkan air pada kelajuan 8000 liter/second selama tempoh 24 jam menunjukkan paras air surut dari para 3.23 meter kepada 12.72 meter dan kemudian 13.39 meter selepas itu. Paras air kembali normal ke paras 3.9 meter selepas 11 minit.
Selain itu diantara kelebihan air zam-zam ialah apabila peminumnya berniat menjadikannya sebagai penawar nescaya allah akan menyembuhkannya atau dengan niat untuk mendapatkan pertolongan nescaya allah akan menolong. Oleh sebab inilah rasulullah telah mengajarkan beberapa kaedah dan doa apabila hendak minum air zam-zam ini supaya mendapat keberkatan dari allah.
Rasulullah pernah bersabda: “Air zamzam itu diminum mengikut apa yang diniatkan atau dikehendaki.” (Hadis riwayat Jabir, lbnu Abbas, lbnu Umar dan Muawiyah)
Air zam-zam juga mempunyai kelebihan dimana mata airnya tidak pernah kering, walaupun berjuta-juta umat manusia meminumnya setiap hari terutamanya pada musim haji, bahkan pada masa kini dengan peralatan canggih orang yang berada di masjid nabawi yang jaraknya 450km dari mekah dapat meminum air zam-zam setiap saat dan ianya tidak pernah berkurang apatah lagi kering. Ini menunjukkan keistimewaan yang terdapat pada air zam-zam.
Di bawah ini saya tunjukkan bukti hasil kajian Dr Emoto.Ini merupakan molekul yang di hasilkan oleh air zam-zam.
Selain itu menurut Dr Emoto bahawa, kata-kata atau ucapan juga dapat mempengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air. Molekul air berubah mengikut apa yang diucapkan oleh manusia. Profesor Jepun ini telah mengkaji struktur air yang diucapkan dengan beberapa perkataan seperti ‘arigato-khozaimas’, ‘Thank You’, ‘I am sorry’, ‘Go to the hell!’, lirik lagu Linkin Park, dan beberapa lagi termasuk alunan surah Yaasin. Selepas air didedahkan dengan perkataan yang dipilih, strukturnya dianalisa menggunakan mikroskop. Hasilnya air yang dianalisis menunjukkan struktur yang amat menarik. Perkataan yang sopan menghasilkan struktur air yang cantik, sejuk mata memandang dan lebih teratur. Sebaliknya imej air yang kotor dan menjijikkan terhasil apabila terdedah kepada perkataan biadab. Di sini saya akan menunjukkan beberapa hasil gambar molekul yang telah di kaji.Ini diantara bukti kajian yang dilakukan oleh Dr Emoto:
Gambar diatas kita dapat melihat perbezaan yang ketara kedua-dua molekul air tersebut, air yang diucapkan dengan perkataan yang baik menghasilkan struktur yang cantik dan menarik tetapi sebaliknya berlaku kepada air yang diucapkan dengan perkatan biadap.
Beberapa contoh air mineral , air paip dan air yang telah di tapis di uji dengan alat water Electrolysis tester bagi menguji tahap kebersihannya.
Setelah di uji, di dapati air-air tersebut masih terdapat
kekotoron yang tidak nampak(sebelum di uji).
kekotoron yang tidak nampak(sebelum di uji).
Apabila di uji kepada air zam-zam ini, subahanallah, tidak sampai 5 saat,water Electrolysis tester meletup dan fiusnya terbakar.
Ini menunjukkan air zam-zam tidak lagi dapat di pertikaikan kesuciannya.
Jadi inilah hikmah kita dituntut membaca bismillah dan doa ketika hendak makan atau minum, supaya kita mendapat keberkatan dari allah. Molekul-molekul air ini akan mempengaruhi apa yang kita ucapkan.
Ada seorg ustaz pernah berkata"“Jika hendak air itu merasa manis maka masukkanlah gula, jika hendak air itu berwarna maka masukkanlah pewarna dan jika hendak air itu mulia maka masukanlah ayat-ayat yang mulia kepadanya”
2 comments:
lama dah tak minum.. huu
thanks for the sharing wahidah...
Post a Comment