Assalamualaikum...ngah watpa tu...mlm nh nak citer pasal solat sunat dhuha...mesti sume tau kan...
Sblm nih..sy malas nak solat sunat dhuha nh.huhu...my mom slalu suruh..sy tau banyak kelebihannya..tp kenapa x nak wat...mmg Allah x paksa kita kan...tp apa salahnya kalu kita ada masa terluang ..solat sunat nh dpt mnjadi pelengkap dan menampung kekurangan ibadah wajib kita...alhamdulillah slps balek umrah,sy dpt hidayah utk wat solat sunat nh...harap2 b'terusan slps nh..amin..
Dalam satu hadis mengenai kelebihan solat sunat, Abu Hurairah radiallahuanhu meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam bersabda (maksudnya):
“Sesungguhnya amalan manusia yang mula-mula dihisab pada hari kiamat adalah solat mereka. Tuhan berfirman kepada malaikat-Nya padahal Dia lebih mengetahui: ‘Periksalah solat hamba-Ku! Sempurnakah atau kurang?’ Jika solatnya sempurna dicatatlah sempurna, dan jika terdapat kekurangan, Tuhan berfirman pula: ‘Periksalah, apakah hamba-Ku mempunyai amalan solat sunat?’ Jika dia mempunyai amalan solat sunat, Tuhan berfirman: ‘Sempurnakan solat fardu hamba-Ku dengan solat sunatnya.’ Kemudian diperhitungkan amalan-amalan itu dengan cara demikian.”
(Riwayat Abu Daud, an-Nasai dan at-Tirmizi)
Kelebihan Solat Sunat Dhuha..
Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:
Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:
" Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar." (HR. Anas B Malik).
" Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan." (HR Tirmizi)
" Rasullullah S.A.W bersabda: setiap pagi masing-masing persendian/ruas tulang daripada kamu sedekah, dan setiap bertasbih sedekah dan setiap tahmid (ucapan Alhamdulillah) itu sedekah, dan setiap ucapan takbir itu sedekah, dan menyeru dalam kebaikan sedekah, dan melarang dari perbuatan jahat itu sedekah, dan sebagai ganti semua itu, cukuplah dengan mengerjakan solat Dhuha dua rakaat." (HR Ahmad, Muslim dan Daud)
"Dari Abu Hurairah r.a katanya:”Junjunganku (Nabi Muhammad SAW) telah berwasiat supaya aku mengerjakan tiga perkara iaitu: Berpuasa tiga hari pada tiap-tiap bulan, mengerjakan dua rakaat sembahyang dhuha dan juga supaya aku mengerjakan sembahyang witir sebelum aku tidur.” (bukhari dan musllm)
Caranya pun mudah ja...
a) Bacaan niat solat sunat Dhuha.. " sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala".
b) Bacaan rakaat pertama surah Al-Fatihah dan As-Syam
c) Bacaan surah rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha
d) Setelah selesai salam, lalu membaca doa
c) Bacaan surah rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha
d) Setelah selesai salam, lalu membaca doa
jom solat sunat.. |
Rujukan:
8 comments:
oke..sejujurnya nak nitis air mata
>.<
T_T
kalai tak reti surah dhuha camna ek? takpekan..?
xpe..tp cuba2 la hafal ..slow2..i.Allah,lama2 boleh...
selalu sia-siakan masa yang Allah beri:(
remind me of someone masa zaman sekolah dulu..abg amin tahir.waktu rehat orang lain sibuk di kantin dia akan ke surau solat sunat..istiqamah sekali.semoga dapat mencontohi apa yang baik dari mereka
iffa:samalah.,huhu..
ket:abg amin?..yang mana ek..badge mana..??..oh..bgusnya..
Post a Comment