Bahan-bahan ( 3-4 orang )
- 1/2 bungkus spaghetti (tak kisah apa jenis pun)
- 1 tin sos carbonara Prego
- Sedikit isi ayam atau daging(ja guna yang kisar punya)
- bawang putih (cincang)
- bawang merah (cincang)
- mushroom butang (dihiris)
- 1/2 cawan susu segar
- Sedikit daun parsley
- Garam secukup rasa
- lada sulah.
Cara-cara
- macam biasa laa spaghetti di rebus. (letak sedikit margerin@minyak untuk elak dia melekat). Toskan dan asingkan.
- tumiskan bawang putih dan merah tadi. dah naik masak masukkan daging kisar tadi. sampai ia masak k.
- masukkan sos carbonara kacau bersama-sama dengan daging tadi.
- masukkan mushroom tadi dah gaul hingga sebati.
- nampak dah pekat sikit masukkan susu segar tadi sediki demi sedikit sampai ia berkrim.
- letakkan garam sedikit dan lada sulah untuk perasanya,
- untuk hiasan letak daun parsley di atas sos tuu tadi bila dihidangkan.
memandangkan x de bahan2 kat atas nh seperti cendawan butang ,daging cincang n daun parsley tu...pakai ja apa yg ada dlm peti ais.....daging cincang ganti ngan daging burger n sosej...cendawan butang tu ganti dengan carrot...n daun parsley utk hiasan tu diganti dengan tomato(SILA JGN IKUT RESEPI SAYA...HEHE..)...beginilah hasilnya....agak memalukan tp wat2 x malu....SELAMAT MENCUBA..:P
p/s:nak try gulung2 spagheti tu atas pinggan mcm dalam drama pasta ..tp x jd plak.. ..haha...
3 comments:
meh laa sikit.. lapar nii..
pondok usang:mudah ja nak wat sendiri...campak2...hentam2 ja...haha..
sedap nye nk ckit hehehehe
Post a Comment